Thursday, October 14, 2010

Tanda-tanda Menjelang Ajal Seseorang

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-
mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-
lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-
ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru
kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang
dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku
dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu,
bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan
Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah,
Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat
menjawabnya.

No comments:

Post a Comment